Produksi Forrest Gump

Skrip

Filem ini adalah berdasarkan novel tahun 1986 oleh Winston Groom. Kedua-duanya menceritakan karakter Forrest Gump. Walau bagaimanapun, filem ini hanya memberi tumpuan terhadap sebelas bab pertama novel ini sebelum melangkau sehingga akhir novel bersama dengan penubuhan Bubba Gump Shrimp Co. dan perjumpaan bersama Forrest, Jr. Sebagai tambahan kepada beberapa bahagian dalam novel dilangkau, filem ini juga menambah beberapa aspek kehidupan Gump yang tidak berlaku dalam novel seperti pendakap kaki yang diperlu olehnya sebagai kanak-kanak dan lariannya merentasi Amerika Syarikat.[3] Watak teras dan personaliti Gump juga ditukar dari novel.[3] Novel ini juga menampilkan Gump sebagai angkasawan, penggusti profesional dan pemain catur.[3] Dua pengarah ditawarkan peluang untuk mengarah filem ini sebelum Robert Zemeckis dipilih. Terry Gilliam menolak tawaran untuk mengarah.[4] Barry Sonnenfeld terikat dengan filem ini tetapi menarik diri untuk mengarah Addams Family Values.[5]

Penggambaran

Penggambaran bermula pada bulan Ogos 1993 dan berakhir pada bulan Disember tahun itu.[6] Walaupun kebanyakkan filem ini berlatarkan Alabama, penggambaran mengambil tempat terutamanya di Beaufort, Carolina Selatan termasuk pantai Virginia dan Carolina Utara. Pekan Greenbow dirakam di Varnville, Carolina Selatan.[7] Babak Forrest berlari di Vietnam semasa diserang dirakam di Fripp Island, Carolina Selatan.[8] Penggambaran tambahan mengambil tempat di Estet Biltmore, Asheville, Carolina Utara dan di Blue Ridge Parkway berdekatan Boone, Carolina Utara. Tempat yang paling ketara adalah Grandfather Mountain dinama sebahagian daripada jalan dinamakan sebagai "Forrest Gump Curve".[9] Rumah keluarga Gump dibina di Sungai Combahee berdekatan Yemassee, Carolina Selatan dan tanah berdekatan digunakan untuk merakam rumah Curran serta beberapa babak Vietnam.[10] Lebih 20 pokok palmetto ditanam untuk menambah baik babak Vietnam.[10] Forrest Gump menceritakan kisah hidupnya di Chippewa Square, Savannah, Georgia. Terdapat babak lain yang dirakam di sekitar kawasan Savannah termasuk di Jambatan Memorial Richard V. Woods, Beaufort dan di West Bay Street, Savannah.[10] Kebanyakkan babak kampus kolej dirakam di Universiti California Selatan. Rumah api yang dilintasi Forrest untuk sampai ke Lautan Atlantik buat kali pertama adalah Rumah Api Marshall Point di Port Clyde, Maine.

Rujukan

WikiPedia: Forrest Gump http://www.accessatlanta.com/atlanta-movies/forres... http://www.allmovie.com/work/131221 http://bobspoetry.com/Bobs01Fe.pdf http://www.boxofficemojo.com/alltime/domestic.htm http://www.boxofficemojo.com/alltime/fastest.htm?p... http://www.boxofficemojo.com/alltime/fastest.htm?p... http://www.boxofficemojo.com/alltime/fastest.htm?p... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=forrestgum... http://www.boxofficemojo.com/movies/?page=weekend&... http://www.ew.com/ew/article/0,,299341,00.html